anggur
billa air warna ungu hilang rasa anggur
aku mula hilang pertimbangan.
diam..
gelanggang pertarungan bakat-bakat sumbang yang teringin berkarya
billa air warna ungu hilang rasa anggur
aku mula hilang pertimbangan.
diam..
menangis tangis sampai bengkak..
akhirnya hilang juga..
entah bila hari mahu dtg lagi..
hati tunggu tunggu hari itu.
alih alih putaran masa dtg lewat jenguk minda aku.
cuba tahan smpai dlm dlm hati
akhirnya lepas lagi
bila bintang mahu jatuh lagi?
Aku melenting ting ting
Bicaraku bikin panas berdesing.
Ini yang pertama
Kau tercengang, dia ternganga.
Hey, ayuh rasa bagaimana aku rasa!
Lapis-lapis sabar kalian koyak,
Pelembut maaf jadi rosak.
Ini yang pertama
Tahan rasa, aku tiada daya
Buat kalian, tiada mesra.
Janji dengan aku;
Ini yang pertama
sampai bila-bila.
aku ingin melihat wajah senyum-mu seperti hari itu
aku ingin mendengar suara bisik-mu bagai selalu-selalu
aku ingin bersatu dalam senda-mu bersama tawa yang lalu
….itulah aku lama-lama dulu
mengharap dalam tiap-tiap kata berdebu
yang memudar-kan tubuh-tubuh tak ber-jiwa
…..sering senyum dalam dahaga
itulah aku lama-lama dulu……
memohon suatu ke-fahaman hati dari gua rindu
…..hingga membiarkan gelap mengambus matahari
yang meninggalkan aku dimamah ngeri…..
…..aku ingin , dalam ketetapan ingin dahulu
ingin dalam ketiadaan kata enggan beribu…..
namun , ingin telah berada di hujung langit ber-mega
…..mengghaibkan ingin di-balik senja .
( sekadar menyumbangkan yang se-adanya (sesekali cuma) untuk cuba memeriah-kan kembali gelanggang yang di-katakan ber-lalang liar….)
Kau bicara tentang Tuhan.
Bohong.!
Kau bicara tentang darat dan awan.
Bohong.!
Melampau.
Malam ini aku siapkan sekafan duri dan hantarkan santau.
hari-hari cekik pisang,
kalau bertuah ade lebihan makanan baras.
hari ini bangun pagi perut berbunyi,
sarung seluar, londeh.
padahal baru semalam tebuk taliĀ pinggang.
ini tak boleh jadi!
cepat-cepat ponteng kelas pergi kedai kebab.
tanpa tenaga, macam mana nak jadi lelaki hebat!
pandang bintang kelip kelip.
dalam berjuta kecil itu, ada 1 bintang sinar sampai butakan hati aku,
bukan mata saja, tp tusuk panah sampai hati ,
kdg nak lari biarkan rasa julung ini,
tp tak boleh lari, sebab dia dah ikat hati aku.
dah ikat segala apa yg aku punya.
cuma kini, biar rasa ini kekal sebab aku tinggikan rasa yg makin terasa ini.
utk kau, aku makin terasa sampai rasa yg terasa. “)
when asked about love
i would say its crap
thenĀ people ask, tapi kenapa?
then i would say, because i pun crap
then they say;
kalau macam tu,
it’s not fair if you say
love is crap;
because you’re the problem,
not love
so they asked me again
what is love;
cuba teka what i answered
- love is still crap. thank you.
Selisih empat mata
yang dua jasad di sini
canggung.
Mungkin jauh hati
Mungkin rasa sepi.
Ruang jadi kelat
Rasa jadi sendat.
Kita delima atau dilema,
kau putuskan.
walau gagah dan lengkapnya jasad ini kau nampak
belum tentu kau betul bila bicara tentang apa yang kurasa di dalam
aku lemah bila berbicara
kerna aku takut akan berapa lagi hati akan aku sakiti
dan kerna itu aku takut berkata-kata lagi
hanya mahu jaga hati semua sama rata
bila fikir dalam-dalam
biarlah puas hati sebahagian manusia
biar yang lain marah bengang tak tenteram
sebab aku yang bisa memilih
pada siapa mahu berpihak
mana satu lebih berhak
aku rasa aku mesti bersuara
biar berkecamuk punah hati kamu
biar deras mengalir air mata
biar aku disumpah seranah
aku tetap suarakan apa yang patut aku suarakan
agar kau tahu tiada lain selain kebenaran
walaupun kau rasa perit sungguh yang benar itu
kamu jangan risau
aku bukan kejam
konsiderasi itu penting juga kan?