payday loans car Insurance

Archive for January, 2012

Pemuisi puisi sisi diri

by on Friday, January 27th, 2012

Aku si pemuisi

yang tema puisinya songsang

Bait-baitnya selalu sumbang

Mendeklamasi cerita-cerita disampahkan

bersama manusia-manusia yang tidak dikenalkan.

 

Pemuisi puisi yang kadang-kadang terselit cebis cinta

tapi selalu ceritanya marah-marah, hiba-hiba

atau terkadang gagal dikesan, celaru perasaannya

Puisi aku yang kontang metaforanya

tapi ada kala bergaul-gaul, legap maknanya.

 

Pemuisi yang segan memuisikan puisi-puisinya

yang menghijab peribadi, membenteng luasnya sosialogi

Si pemuisi puisi sisi diri.

keadaan

by on Wednesday, January 25th, 2012

berjalan-jalan ku di kota sesak, pelabur jalanan mengelap keringat. terik mentari itu tidak dapat melenturkan semangat warga jalanan itu. terus sahaja mengorak langkah. mencari sesuap rezeki. simbah air hujan sekalipun,tidak berganjak. memikirkan permata hati, menunggu dengan perut yang tidak berisi. gugup rasanya jika tidak memberi.

berjalan jalan lagi aku di kota riuh, warga muda rancak berpeleseran. bergelak ketawa. tiada pula duka. warga jalanan itu cuma memandang. cuba mengerti lorong kehidupan warga muda itu. mungkin rezeki mereka, getus hati si jalanan itu. tiada kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. sepertinya yang harus meluaskan langkah memekakkan telinga. adakala menerima amarah orang. biarlah

aku berjalan lagi, sampai ke ufuk timur. jika boleh aku ingin sampai ke sana.
melihat pelangi-Nya merwarnai kaki langit

puisi nostalgik

by on Wednesday, January 25th, 2012

puisi nostalgik puisi itu kau pernah karangkan

pada aku yang baru mula mengerti erti hidup

 puisi itu pertama untuk aku

puisi pertama yang kau beri nama ‘puisi buat si gadis muda’

 terpempan juga aku kala tanganmu menari lincah mencoret isihati

aku tersenyum, (: melihat kelakuan itu.

 aku terdiam melihat isihati itu seperti mengatakan, ‘carilah yang lain’ aku terdiam.terdiam dan terus layu.

Tarimu lontarkan hambur

by on Saturday, January 21st, 2012

tarimu lontarkan hambur…
hamik ciptakan kabur..
biarkan dirimu berfikrah..
humanistik mengembangkan daya..
takut kau yang kabur…hilang diri..

tamsil si pelupa yang takbur…
makin tinggi semakin hancur..

ashab menceterakan..
larang hingar ambil peranan..
biarkan tubuhmu mendengar..
gelintar pada yang menghambar..
bergumpal berkepal tiada kenal…

dikurnia sebaik akal…
sisa segala dosa..dan kau..
sisih segala amarah…
syurga nanti kau disana…

hak-tui

by on Thursday, January 12th, 2012

hak,
setiap insan punya hak masing-masing
baik di bumi sendiri, atau di bumi asing,
tapi tak setiap insan tau akan hak mereka,
mungkin mereka alpa, mungkin mereka lupa,
mungkin mereka pura-pura.

hak,
haruslah diingat,
jika kita tak endah, habislah punah,
jika kita leka, habislah celaka.

hak,
betapa kenapa mengapa nestapa hak itu penting,
kerana yang lara merana duka bencana,
itu kita,
jangan sampai kita di-hak-tui-kan,
oleh mereka.

hak,
hak-tui.

Warga Perintis (MRSM PDRM – 1992 – 92XXX series)

by on Saturday, January 7th, 2012

Warga Perintis  (MRSM PDRM – 1992 – 92XXX series)

 


Kita perintis,
Merintis jalan-jalan kehidupan remaja

Kita perintis,
Yang merantau di tanah orang demi ilmu,
Bermukim kita di utara,
Dilindungi hulubalang diraja,
Dididik pula pendeta MARA

Kita perintis,
Berkongsi suka duka, tangis tawa,
Pengalaman bersama mencorak 1001 rasa,
Ada jadi pedoman,
Ada jadi pengajaran

Pahit manis masam atau masin,
Halatuju perintis tetap sama,
Mahu berjihad ilmu,
Supaya jadi insan …
Bukan jadi syaitan

Kita merintis di utara,
Di sebuah pesantren milik pribumi,
3 atau 5 tahun berkelana,
Bertemu & berpisah dalam episod mengejar kehidupan,
Namun sejarah telah tercipta,
Hadirnya kita merintis jalan ilmu bagi anak bangsa

Bagai sirih pulang ke gagang,
Ibarat keris terhubus disarungkan kembali,
Umpama kiambang bertaut semula,
Perintis bertemu kembali demi ikatan silaturrahim

Kita, warga MRSM PDRM,
Kem PPH, Jalan Junjung,
Kulim, Kedah Darul Aman …

Kita … Perintis.

——-

17/10/09 – 0756pm.