Author Archive

panas matahari

by on Monday, May 17th, 2010

*agak lama x menulis sini

suara hati berkata

“puas dengan apa yang kau buat?”

*

hati ini panas

agaknya mentari marah

aku asyik memuja langit

dan bulan bintang

haha.
kau cemburu?

http://amadkhir.blogspot.com/

awan putih dan langit biru

by on Tuesday, April 20th, 2010

bila kawan dengan langit
walaupun cantik,biru
sedarlah
ia takkan selalu cerah

bila kawan dengan awan
walaupun putih cerah, gebu
tapi kadang-kala hitam

tapi biarlah
saya suka kawan dengan langit dan awan
sebab tiada yang sempurna
sebab saya sama,tidak sempurna

tak adil rasanya saya yang tidak sempurna
mahu sesuatu yang sempurna jadi kawan saya

kawan yang memahami
ada konsiderasi
bagi saya itu yang terbaik.

gelora study week

by on Sunday, April 11th, 2010

010

takut diherdik
bahawa diri tak cerdik

salah siapa?
siapa yang malas?

minggu ulangkaji
ku rasa ada angin mengiringi

bila hujan turun tak kenal waktu
bersepeda jadi lesu
basah sepatu dan baju

terus saja
kayuh saja

mahu menunggu
atau terus melaju

*otak kau (kita) tentukan segala
kau (kita) boleh langkau semua halangan

doakan aku untuk final exam..

http://amadkhir.blogspot.com/

resahkan tentang kosong

by on Tuesday, April 6th, 2010

celaru tentang sesuatu yang aku sendiri tak pasti
tiap detik ku bazirkan untuk khayalan termimpikan
dan bagai si rabun tanpa lensa; kabur anganku
tapi resah itu tetap ada.

setiap degup itu aku lekapkan cuping
biar perhalusi setiap inci
biar sang keliru jadi pasti
berambuslah, semua distraksi!

http://amadkhir.blogspot.com/

anggur

by on Wednesday, March 31st, 2010

billa air warna ungu hilang rasa anggur

aku mula hilang pertimbangan.

diam..

luahkan yang benar

by on Sunday, March 21st, 2010

walau gagah dan lengkapnya jasad ini kau nampak
belum tentu kau betul bila bicara tentang apa yang kurasa di dalam
aku lemah bila berbicara
kerna aku takut akan berapa lagi hati akan aku sakiti
dan kerna itu aku takut berkata-kata lagi
hanya mahu jaga hati semua sama rata

bila fikir dalam-dalam
biarlah puas hati sebahagian manusia
biar yang lain marah bengang tak tenteram
sebab aku yang bisa memilih
pada siapa mahu berpihak
mana satu lebih berhak

aku rasa aku mesti bersuara
biar berkecamuk punah hati kamu
biar deras mengalir air mata
biar aku disumpah seranah
aku tetap suarakan apa yang patut aku suarakan
agar kau tahu tiada lain selain kebenaran
walaupun kau rasa perit sungguh yang benar itu

kamu jangan risau
aku bukan kejam
konsiderasi itu penting juga kan?

http://amadkhir.blogspot.com/

kongsi idea

by on Sunday, March 14th, 2010

hampir setiap hari kujenguk sini

dan betul, memang benar

aku setuju bahawa gelanggang kita kurang serinya

apa idea mahu serikan kembali gelanggang kita?

mr president?

lahir semula

by on Sunday, March 14th, 2010

kalaulah dapat dilahirkan semula
tak akan aku minta hidup lain
kerana hidup aku yang ini sudah cukup bagus
walau tidak sempurna tapi aku puas..

http://amadkhir.blogspot.com/

terbang

by on Tuesday, February 23rd, 2010

terbang semua ke awan biru
gapai cita-cita.
kau terbang dahulu.
sayap saya tiada daya
aku dongak ke langit
aku lihat kalian
satu hari nanti
akan ku sertai kamu
di atas sana
di balik awan biru.

http://amadkhir.blogspot.com/