hati saya pulangkan
hi awak, saya datang lagi
saya mahu hati saya semula
cukup lama awak simpan
cukup
terima saja hakikat
hati saya bukan awak punya
maaf
tiada peluang lagi
kecuali kau minta Tuhan keajaiban
Dia saja mampu ubah segalanya
gelanggang pertarungan bakat-bakat sumbang yang teringin berkarya
hi awak, saya datang lagi
saya mahu hati saya semula
cukup lama awak simpan
cukup
terima saja hakikat
hati saya bukan awak punya
maaf
tiada peluang lagi
kecuali kau minta Tuhan keajaiban
Dia saja mampu ubah segalanya
luah dan lontarkanlah
jerit sekuat hati
walau tak satu dunia dengar
pasti ada pakcik tepi jalan dan adik comel yang ambil kisah
luahkan
ikut daya kudratmu
biar mereka tenung kamu dengan muka hairan
yang penting
suara kamu pasti didengar
dan biar saja apa akal fikir mereka
otak lain-lain
intepretasi pasti tidak sama
ingat
yang penting, luahkan
jika tiada yang dengar
yakinlah, kau ada aku
aku pendengar setia.
maaf lama tak menulis
tuntut ilmu sampai bz
haha
teriak kuat-kuat tengah malam
biar terburai isi dan terjelir lidah
laung saja apa yang kau rasa
kau ada ingin untuk lakukan
kau mampu dan kau boleh.
masa sudah tiba untuk kau teriak di hadapan
bila lagi mau?
jangan selamanya kau bersuara tegas dan lantang di belakang
biar terjuih bibir kau di pentas sana
biar diperkatakan orang
biar jadi bahan
janji kau rasakan apa yang kau tak pernah rasa.
selau kau lihat orang atas pentas
kau kata kau juga boleh buat macam dia
malah kau kata kau boleh lebih baik
sampai bila mau sorok?
sampai bila?
artis indie juga sudah ke persada arus perdana
kau bila lagi?
sudah tersedia peluang
terhidang depan mata
pergilah jamah peluang itu
biar orang lain turut terhibur
seperti aku terhibur dengan bait bicara dan aluan tarian jarimu
memetik gitar
aku mau kongsi kamu dengan orang lain
biar sama-sama rasa
apa yang patut kau rasa
kerna aku dah rasa apa yang patut kau rasa ini.
lama rasa tak mengarang..
kalau akal kau sempit
kalau otak fikir tak boleh
kalau hati keluh kesah
kalau hati tak ikhlas
kalau hati tak rela
kalau asyik reka alasan
kalau lari dari realiti
kalau diam tak bertanya
kalau sudah malas belajar
kalau aku lahir genius
kalau asyik fikir negatif
kalau begini
buang masa saja sama kau…
indah kata terbit darimu
manis sungguh
manis amat
kalah gula2 fruit gummy warna ungu
kalah milo ais mamak tepi jalan yang pekat kaw2
indah bicara dari bibir
indah telinga dengar
indah hati menghadam
tapi tak indah otak mencerna
kerna logikal tak bermadah
cerna fakta saja
kau retorik
khayalan saja semua
dan bodoh aku percaya
haha
sampai bila diam.
sampai bila jadi bisu.
sampai bila membatu.
sampai bila? sampai jemu?
sampai bila rajuk.
sampai bila senyap.
sampai bila sendiri.
sampai bila egois.
ah kau.
memang egois.
akui saja.
sudah-sudahlah.
henti rajuk.
noktahkan saja.
mula perenggan baru.
Anna sudah tidak lagi sombong
senang berbual, senang berbicara
tak lokek senyumnya
tak henti tawa.
setiap hari
masa sama
tempat sama
pasti ketemu
kebetulan, betul ke?
pedulilah.
satu ketika
sedang berbual-bual kosong
‘kamu suka saya kan?’
geleng.
‘akui saja’
geleng berkali-kali.
‘kalau tidak kenapa kamu baik sama saya?’
tarik nafas
diam.
kamu
gadis tipikal
sempit fikiran.
*gelak dalam hati
persiapkan semua yang rasa perlu
gitar, celo, pengiring,
siap semua jadi sempurna
tapi,
semua muzik mendayu ini
apa kau mau nyanyi?
perfomasi apa ini
lagu dipraktis tanpa bait-bait
tak lengkap lagu dan irama
aku bingung
biarlah puisi esok terluah sendiri
biar terluah dari hati
semua ini distraksi
kau petikkan gitar sesuka hatimu
tak kira apa chord kamu
ikut sedap telinga
balunlah irama apa
sebab itu distraksi
kau tak nak dengar?
ada aku peduli?
aku bukan egois.
*buntu..
korang yg singgah, tinggal url blog korang kat chatbox
thanks..
hai kamu
sunyi sepi seorang diri
tak bosan?
hey arjuna
tak usah sandiwara dengan bait-bait puitis
lihat saja jari tersarung dengan cincin
baik kamu diam dan jauh
jangan cuba dekat, jangan rapat
pegi jauh, tak mau kau kulihat
gadis,
tipikal sungguh fikiran kamu
bertegur sapa, berbicara suka-suka
mana undang-undang kata salah?
mana hukuman mau jatuh pancung?
sombong tak tentu pasal
ok saya silap
mari mula semula
saya Anna, awak?
*budi bahasa budaya kita…