aku mahu berlari ke bukit lalu berhenti dengan nafas yang mengah.
menghirup udara segar dengan rakus
kemudian, terpegun dengan keindahan ciptaan tuhan
aku mahu ringan seperti daun
agar aku boleh terbang
membelah angin malam
biar aku saksikan rona2 dunia
aku mahu bangun pagi
dan mendapati semuanya elok
tiada duka tiada nista
molek belaka
aku mahu berlari ketika hujan
merasakan titis2 yang turun membasahi baju aku
mengenai tubuhku
kemudian senyum
memandang pelangi
7 warna semuanya
aku mahu baring di tengah laman
beralaskan kain
menatap ke langit hitam
memandang pada bintang
umpama berlian