payday loans car Insurance

Author Archive

satu lagi

by on Friday, February 27th, 2009

satu lagi
dan dinding pertahanan aku roboh
setiap tulang temulang aku akan berderai
jadi abu
yang akan hilang
tersejat
dalam udara
yang kau sedut sekarang

satu lagi
dan aku akan campakkan diriku
dalam api yang kau ciptakan
hangus
rentung

biarkan!

tamat

by on Friday, February 20th, 2009

andai dunia ini kau katakan pentas
manusia ini pelakonnya
maka watak perempuan itu sudah tamat
peranannya sudah terlaksana
dan sekarang
waktunya utk pulang
pada yang satu

by on Monday, February 16th, 2009

ambil gitarmu ke sisi
petikkan tali-talinya
alunkan muzika indah
lalu biarkan aku
menyanyi mengikut alunanmu
bersenandung lagu cinta
lupakan sejenak
bingit-bingit dunia
sesak-sesak kota
rasakan sensasi damai di sini
jangan di ingat cerita duka
mari aku kisahkan bahagia
di sini
di syurga kita

 kalau saja dia tahu, aku tunggu petik gitar dia

 

fall for you

by on Friday, February 6th, 2009

i meet u today
hear ur voice
the melody
the sound
that i miss the most

cant tell when i;ve fall for u
just want to hear ur voice again

hey, just keep closer
talk to me when i’m alone
make joke when i’m sad

hug me when the world shunt me
love me when there’s nobody here
would u?

P/S: we really dont know when we have fall in love dont we?

dekah lah

by on Friday, January 23rd, 2009

 

kau dekahkan
sesuatu yang aku paggil pegangan
kau ludah-ludahkan
sesuatu yang aku panggil percaya
 
kau angkat tinggi gelasmu
berisi darah saudaraku
kau ucap selamat
atas ranapnya mereka
 
nanti,
retribusi itu akan tiba padamu
raung.esak.tangis.hancur
suara-suara anjingmu berteriakkan
 
 
tunggu,
pembalasan itu akan tiba
 
berdekahlah sekarang
selagi nafasmu masih di rengkung!

kenapa tidak

by on Sunday, January 18th, 2009

kenapa tidak kau luangkan
detik dalam lorong waktu
buat mengenal
aku yang ini

haruman aku waktu dinihari
kuyupku di titis hujan
syahdu bersandar di bahuku
sensasi hangatnya pelukan aku

sudah kau hafal semuanya?
sudah kau rasai semuanya?

entah kenapa mereka tidak mahu luangkan masa utk mengenal aku…

 

 

pergi setelah itu

by on Friday, January 16th, 2009

detik ini berikan pada aku
biar aku lunaskan apa yang perlu
senyap
aku tahu patah bicaramu
 
hei, mari dekat denganku
aku mahu dgr deru nafasmu
habiskan waktu ini dengan bercinta
kata perpisahan itu kau bisukan sahaja
 
isi ruang sifar dalam hatiku
utk kali ini
kemudian,
terbanglah membelah awan
 
larilah mengejar pelangi
berlumba hampiri bintangmu
 
halang itu tiada
yang ada cuma derita
cinta itu bukan rasa yang ada
utk aku
 
pergilah sesudah hari ini
 
mungkin di tujukan buat kekasih yang tak punya rasa

soalnya siapa

by on Monday, January 5th, 2009

persoalan demi persoalan
membentak benak denyutkan hati
siapa yang aku puja?
rindu sebesar langit itu untuk siapa?

aku tanya pada bayu
“cinta seharum mawar itu untuk siapa?”
aku bersoal pada awan
“rindu sedalam pasifik buat manusia mana?”

nyawa yang tak pernah wujud?
lelaki di balik topeng?

Soalnya siapa?

lakukan!

by on Saturday, January 3rd, 2009

bakar aku
ceraikan sayap
cincang lumat tubuhku
pasung aku ke bumi

lakukan segala
lakukan!

pekakkan lolong aku
butakan titis mata aku
kecaikan jiwa
celakakan aku

aneh
tidak sedetik dalam waktu
benci bernanah pada kamu
manusia yang tak mahu mengerti