aku kira
kira kira berapa lama lagi
harus aku berselimut dalam
hidup yang tak pernah jelas
kelabu,
jauh sekali unsur hitam dan putih
kira kira sampaikah tujuan yang aku lukis
dalam cerita hidup
mahu ini,mahu itu
kudrat asalnya ada
tapi lama lama makin tak ada
kira kira jenuh sampai tahap apa
runsing aku,risau aku,rimas aku,
punya dayakah untuk bertahan?
gelap malam makin malap
terang siang makin songsang cahayanya,
silau!
aku tidak serasi
arah angin lalu melintang dengan cara aku
payah,susah,aku mahu rebah!
kira kira sampai bila aku perlu merungut?
ungkitan yang sia sia
dunia langsung tak perlu baca ini
cukup aku dapat menjerit dalam diam
ketawa dalam tidur
melompat dalam kaku
cukup!
aku puas berkira kira…


March 9th, 2012 at 2:03 am
Kadang kala terlalu banyak di dunia untuk diambil kira semuanya.
Malangnya, orang lain pun berkira-kira sama kita. Macam mana?
Bagaimana mau dikira, kira yang dibilang itu tidak boleh dibeza?
Bagaimana mau dikira, kalau semuanya kelabu berlainan warna?
Sangat selari dengan apa yang dirasa hati ini.
3, daripada 5 bintang.
Selamat Datang, Pn Doktor, ke gelanggang ini. Moga datang menjenguk lagi dan lagi.