Maafkan kami
Si Tempang: Hosting sudah tamat, pindah semua pegi hosting baru lah.
Si Buta: Ok je.
Si Tempang: Apa yang perlu di save eh? Blog kau, lagi?
Si Buta: Blog aku. Dan. Entah. Blog aku je la kot.
Si Tempang: Ok.
* 2 minggu kemudian
Si Buta: Alamak, aku baru ingat satu lagi benda yang patut kita save!
Si Tempang: Yaitu?
Si Buta: Gelanggang!
Si Pekak: !
Si Jongang: O.o
Epilogue:
Nasib baik Si Tempang sempat mendapatkan backup file untuk gelanggang yang tak terlalu tua. Kami ingin meminta maaf pada semua sekiranya ada karya yang tidak dapat diselamatkan. Harapnya, kebanyakannya selamat. Layout dan design awal sudah hilang, tetapi kami sedang giat berusaha untuk memperbaiki gelanggang sepenuhnya. Di harap semua akan teruskan berkarya! Nanti kita dengar apa kata Tuan Pengerusi Majlis.
Sekali lagi, maafkan kami atas segala masalah teknikal yang melanda.

