Gelanggang dirindui
Serasa seperti daerah ini sepi
Sunyi dan lemah tak bersendi.
Di kanan, kiri sepi
Tidak kekita lagi, tapi sendiri.
Jengah-jengah arkib seni
Terbentang kecintaan yang bukan mimpi.
Gelanggang kita makin sepi
hari ini.
Maaf jika hanya aku yang merasa begini.
March 20th, 2010 at 7:50 pm
Bukan kamu saja, kosong! Sudah terlalu kerap gelanggang memanggil, tapi ku buat tidak hirau. Lebih memandang ke ufukan fatamorgana yang menjanjikan emas dan permata. Harus jangan lupa pada seni. Harus jangan dibiarkan rasa itu mati. <–Fynn Jamal lagi! Dia benar2 mengagumi aku.
5, daripada 5 bintang untuk karya yang tulus ini!
Dan teruskan berpuisi, kerana kata-kata itu seni.
March 21st, 2010 at 4:23 pm
terima kasih bergunung-gunung Si Buta!
saya sangat hargai ingatan daripada anda, dan insyaAllah akan selalu berpegang padanya.
YEAHHH FYNN JAMAL MEMANG HARUS DIKAGUMI. *rindu*
terima kasih sekali lagi,
salam seni ku sambut dan akan ku sebar ke segenap inci.