Oh Obesiti!
Dia tak salahkan kau
bila ukur lilit pinggul
‘ngam-ngam 44 sentimeter
Dia langsung tak tarik muka!
Walaupun esok kau gedik-gedik
mahu diet bagai
Dia tarik senyum
sambil minum Nestum.
“Kau tetap comel, Madu.
Kau untuk aku.”
Oh, ‘sweet’ lah ‘you’!
February 24th, 2010 at 7:09 pm
puisi indah,teruskan berkarya
March 20th, 2010 at 7:53 pm
Haha! Siapa sangka karya seterusnya yang menarik perhatian mata kerana tajuknya, juga merupakan karya si kosong.
Saya suka puisi ini! Manis, chomel. Dan sungguh real. Masakan dapat berjumpa manusia sempurna semuanya, jadi cintalah pada apa yang ada.
4, daripada 5 bintang untuk puisi yang membuat ku tersenyum!
March 21st, 2010 at 4:27 pm
agus:
terima kasih ya.
salam seni:)
Si Buta:
hahah. terpengaruh dengan kerunsingan orang keliling yang bertambah inci.
ini saya jadikan motivasi untuk mereka, dan saya sendiri. BANTERAS LEMAK JAHAT!
terima kasih!
senyum-senyumlah selalu ye.