Cerita gelap malam

by on June 2nd, 2008

Aku hanyalah gelap malam
terkapai-kapai di dalam kelam
rindui bulan yang makin suram

Aku hanyalah sunyi alam
seorang diri kian tenggelam
di manakah pungguk setia semalam

Hanya bisikan sedu-sedan
memecah keheningan

Hanya jeritan sepi
seakan mencipta ilusi

Penggumuman: Pakcik Bercuti

by on June 2nd, 2008

Salam sejahtera karyawan-karyawan sekalian,

Terlebih dahulu, pakcik ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak berkomentar terhadap hasil-hasil karya kamu semua. Ini adalah kerana pakcik sedang bercuti sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya. Pakcik akan terus bercuti sehingga minggu hadapan. Pakcik serahkan gelanggang ini kepada kamu semua, silalah meriahkan majlis puisi kita ini, semoga diberkati Ilahi. Amin.

Kepada karyawan-karyawan yang baru berdaftar, selamat datang dan selamat berkarya kepada kamu semua. Semoga kamu dan peminat kamu semua terhibur dengan hasil-hasil karya kamu.

Sekembalinya pakcik dari cuti nanti, mungkin kita akan adakan pertandingan puisi dan pemenang-pemenang akan dikurniakan hadiah lumayan. Insya’Allah.

 

Yang Benar,
Pakcik Pengerusi Majlis.

perasaan bersembunyi

by on June 2nd, 2008

jika mata ini ditutup
membuka segala yang tertutup
aku sudi..

rebutan untuk lampiaskan segala
mengizin kelegaan bertakhta
aku sudi lagi..

harusnya kalis pada semua
tapi bohong, itu dusta belaka
aku kalah dan tewas

ketat, keras bungkusan hati itu
bagaimana memaksa?
aku kalah dan tewas lagi

tunjang kemulusan berteraskan hati
noktahkan kehalusan nurani
ya.. perasaan itu

alukan alirannya bersatu
bertempat menjadi SATU

Rindu

by on June 2nd, 2008

Tengahari ini dingin sekali
Di kala langit menangis
Awan gelap menyelubungi
Terasa seperti jauh menyendiri

Walau titis-titis air mata langit
Jatuh membasahi bahu
Tidak mencermin rasa di hati
Yang seakan mahu berlagu

Walau langit bersedih
Pada Isnin yang kelabu
Hati ini jauh dari merintih
Malah sentiasa merindui kamu

Cintamu bagai sinar mentari
Yang segan menyerlah hari ini
Namun aku sabar menanti
Temui dirimu di lain hari

Boo, I is missing U…

Hilangnya gelap malam

by on June 2nd, 2008

Cahaya purnama menerangi seluas lautan badai
Entah ke mana sisa-sisa kegelapan bersembunyi
Mungkin meringkuk gentar di celah batuan pantai
Oh ya, aku hanyalah watak yang dambakan mimpi-mimpi

Disuatu hari terlerailah kawatan duri, terbukanya pintu
Lalu tetaslah jahitan yang pernah menutupi mulutku
Dikala itu lihatlah tepat ke mataku, dengarkan suaraku
Hanya engkau, hanya engkau, hanya engkau, untukku

Dahulu mengapa sukar untuk aku percayai?
Senyumanmu yang sememangnya untukku, akhirnya akan kembali

Maka sang angin dengan garang menolak ketepi awan-awan tepu
Lantas memberi harapan, engkau pasti membuka hatimu untukku

haru

by on June 1st, 2008

Kau setan..!!!

Keluar kau dari sini..

Aku tidak mahu melihat dirimu lagi

Hentaman pintu bak letupan atom

kamu !!!

Jom kiter makan tengahari bersama

Oh, tidak..maafkan aku..aku bermimpi

Takkan aku tido diwaktu kerja lagi

Ampuni aku.

Puisi cerita Aku dan Dia #2

by on June 1st, 2008

Aku senyum, dia tidak,
Ada yang tidak kena,
Dia seolah memberontak,
Aku lantas bertanya.
“kenapa u?”

Dia tunduk bisu,
Menyorokkan sesuatu,
Mungkin dia kecewa,
Mungkin dia terluka.
“aduh, apa lagi ni?” (Dalam Hati)

Aku penat,
Aku malas,
Memandu jauh bukan hobiku,
Namun aku terpaksa demi abangku.
“i tak tinggalkan u, i pegi sbb abg i kawin”

Dia tersentak,
Muka dia merah,
Mataku dipandang tepat,
Mahu menujukkan dia marah.
“bukan sebab tu lah!”

Aku keliru kaku,
Jantungku berdegup laju,
Otakku sibuk mengaturcarakan logik,
Tiba-tiba aku terdengar dia terpekik.
“abg u dah kawin, kita bila lagi? :-p”

Aku terus diam…
“Perempuan..” (Dalam Hati)

Aku, dia dan seorang lagi

by on June 1st, 2008

Aku, dia dan seorang lagi
Tiga sekawan
Yang sama isi hati

Kami bertiga
Duduk serumah
Secara umumnya
Sentiasa beramah

Tapi ada kala
Bila aku nak sesuatu
Dia membantah
Dan seorang lagi membisu

Ada kala pula
Dia nak keluar
Aku tak bagi
Seorang lagi tak sedar

Kadang-kadang juga
Seorang lagi nak melepak
Aku terasa rimas
Dia pula dah muak

Tapi selalunya terjadi
Aku dan dia teringin
Menemani seorang lagi
Berjumpa Pakcik Husin

Rangkap Tambahan (Rumusan Isi Tersirat):
Aku, dia dan seorang lagi
Bukan lain, tetapi
Tiga aspek berbeza
Aku punya personaliti

Bingung

by on June 1st, 2008

Aku cuba berpuisi
Tapi aku dapati
Bila kepala bercelaru
Lidah jadi kelu

Aku cuba berpantun
Tapi aku tahu
Bila hati serabut
Ayat kelam kabut

Nanti bila hati
Sudah tenang kembali
Aku cuba lagi
Menulis satu karya agung yang takkan dapat ditandingi siapa-siapa pun di dunia ini

Penutup alternatif:
Menulis satu puisi

chenta itu kamu haramkan

by on June 1st, 2008

hati ini kamu punahkan
perasaan ini kamu pijakkan

harapan itu kamu ludahkan
janji itu kamu gulingkan

mereka disana kamu buangkan
mereka disana kamu hanyutkan

chenta jijik kamu perhambakan
chenta durjana kamu impikan

angkuh kamu kibarkan bendera
bongkak kamu layarkan bahtera binasa

kebodohan kamu bentangkan
kejahilan kamu pertontonkan

yang berikutnya kamu lukiskan
yang seterusnya kamu warnakan.