payday loans car Insurance

sedih dan resah

by on June 5th, 2008

kupahat sedih pada kerikil jalan,
kucoret resah pada semak hutan,

sedih dan resah,
bersatu menjadi debu,
lalu kutiupkan,
agar mereka berlalu,
tetap saja berteleku,
menyelubungi diriku..

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (3 undi, purata: 4.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

Cinta Semalam

by on June 4th, 2008

Tidak perlu lagi kau berlari,
Cerita ‘berlari ke pantai, belok ke hutan’ sudah lama basi.
Kan aku masih di sini,
Dan aku yakin kau pun pasti yang rasa itu belum lagi mati.

Tidak perlu lagi kau tercari-cari,
Dalam paksi masa dan ruang yang kau cipta sendiri.
Kan aku masih di sini,
Menanti kau yang aku sendiri belum cukup pasti.

Kembali,
Pulang,
Datang ke sini,
Aku masih menanti.

Dan bila doa aku dimakbulkan Ilahi,
Aku akan menjemput kau sendiri,
Pulang kepangkuan diri aku ini.

Bila semua itu terjadi,
AKU AKAN TINGGALKAN KAU SENDIRI.

Selamat Tinggal Sayang.

 

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (6 undi, purata: 4.17 daripada 5)
Loading ... Loading ...

Roti Bakar

by on June 4th, 2008

“Awak nak makan apa?”
Semalam aku tanya
“Awak orderlah kalau lapar,
kita dah kenyang”, katanya

“Mamak! Teh tarik,
dan air suam dua.
Dia tak mahu makan,
bagi roti bakar untuk saya”

Kami pun menunggu
Berbual kosong, berborak
Air sampai dulu
“Itu roti sikit jam”, kata mamak

Kami sambung lagi bercakap
Beromong, berlawak
“Ini roti sapa punya?”
Haih, boleh bertanya lagi si mamak

“Awak, jemputlah makan”
Aku menjemput sebelum menjamah
“Awak makanlah dulu”,
Dia jawab sopan, berhemah

Lalu aku pun melantak
Tanpa segan, memang pelahap
Mungkin aku lapar
Tapi roti itu lain macam punya sedap

Aku baru nak selesaikan
Dah tinggal hanya secubit
Tiba-tiba dia bersuara
“Awak, kita nak sikit”

Dia hulurkan tangan
Ku menggeleng tanda ‘jangan’
Lalu ku suapkan terus ke mulutnya

Perbuatan kecil itu
Membuatkan jiwa aku
Terasa, oh, sangat gembira

Meloncat hatiku
Terhenti jantungku
Inikah yang dinamakan cinta?

Inikah yang dinamakan sayang?
Kalau boleh aku hendak
Simpan rasa itu dalam kotak
Tuk dibuka kala ku sepi, seorang

Lepas sejenak aku sedar
Bagai pipiku ditampar
Yang aku hanya mampu berangan

Kerana rentak dah irama
Lagu yang bernama cinta
Mesti dimainkan menggunakan dua tangan

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (11 undi, purata: 4.36 daripada 5)
Loading ... Loading ...

petang yang sudi

by on June 3rd, 2008

rindu pada saat ini
bertemankan alam semulajadi
berhalwakan nyanyian burung diatas sana
dipamerkan lambaian si kurus lalang
disaksikan ketegapan si gagah pokok
bercahayakan yang memerhati si matahari
berpijak dihamparan tanah yang berbakti

yang berjuang sama kumpulan serangga
tidak bertemu titik matinya lagi
sedang ingin bernafas
yang terindah dan yang tercela
tidak mengeluh hatta mengundur
sedang ingin berdepan

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undi, purata: 4.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

Esok atau lusa

by on June 3rd, 2008

Keadaan yang menyeliputi kami
Semakin bingit dan nyaring
Adakah ia alamat bahaya kan menimpa?
Secara tiba-tiba, menepis bentangan debu
Melewati batas waktu
Esok atau lusa

Angkatan muda bangkitlah!
Kejutkan mereka-mereka yang lemas dalam celaka sosial
Usahlah lagi dalam sia-sia
Kerana masa depan menanti
Dengan hidangan resolusi pasti
Esok atau lusa

Semua terletak di tanganmu
Ya, semuanya sekali
Sebentar lagi mereka akan pergi
Sebentar lagi mereka akan mati
Yang tinggal hanya belang kita
Esok atau lusa

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (7 undi, purata: 4.71 daripada 5)
Loading ... Loading ...

Puisi aku, apa kamu peduli

by on June 3rd, 2008

Ada aku sebut janji?
tentang lusa ataupun esok hari
Aku pasti aku hanya memberi
bahagia pada kamu, hari ini

Ada aku sebut sampai mati?
Mati kamu bukan di sini
kebumi kamu tak akan ku hadiri
Hanya kini, hari ini, aku di sisi

Jangan tuduhi aku dengan mimpi
Jika pun ada mimpi
mimpiku seorang diri
tiada kamu dan pasti tiada pari

Apa, kamu kata kamu rindu?
Adakah rindu itu rindu kalbu?
Rindu yang hadir dengan sedu?
Jika bukan, simpan sahaja rindu itu!

Kerana aku belum pernah berjanji
Kerana kamu tidak pernah ingin teliti

Di setiap barisan puisi-puisi.

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (12 undi, purata: 4.67 daripada 5)
Loading ... Loading ...

hapus air mata

by on June 3rd, 2008

gadis, jangan menangis,
jangan biarkan air mata itu menyembah bumi,

biarlah kau tak dihargai oleh mereka,
kau masih ada harga diri,

biarlah mereka kata:

“hey, kau pengkhianat!”
“hey, kau pengecut!”
“hey, kau penyibuk!”

kau jadilah gadis yang berani,
kau jadilah gadis yang kental,
kau jadilah gadis yang kuat,

mereka hanyalah pengecut yang dayus,
hanya berani terpekik dan terlolong,

tapi kau,
gadis berani, kental dan kuat!
hapus air matamu..

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undi, purata: 4.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

cinta bawa aku terbang tinggi

by on June 3rd, 2008

terbang melayang
tinggi setingginya
hirupi semua udara
segar dan nyaman

aku kuakkan tanganku
sebesar yang mungkin
aku syukuri
nikmat yang dirasai

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (3 undi, purata: 4.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

cinta yg tak mungkin terpalit

by on June 3rd, 2008

kembali dalam mimpiku
aku ingin terus tidur
tidur dalam pelukanmu
biarpun dalam impi-impiku
aku sanggup..aku relakan sahaja

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (Tiada Undian Lagi)
Loading ... Loading ...

Ini untuk Kamu

by on June 3rd, 2008

Daun pasti gugur ke tanah,
Matahari pasti turun ke barat,
Musim bunga pasti berlalu,
Tetapi tidak rindu ini.

Senja pasti akan berlabuh,
Gelap malam pasti akan tiba,
Burung pasti pulang ke sarang,
Tetapi tidak cinta ini.

Adam pasti mencari Hawa,
Laila pasti bertemu Qays,
Romeo pasti mati bersama Juliet,
Tetapi tidak aku dan kamu ini.

“At the touch of love, everyone becomes a poet”  – Plato

 

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (7 undi, purata: 4.86 daripada 5)
Loading ... Loading ...