payday loans car Insurance

bunga atas atap

by on March 12th, 2012

atas atap mat gian lepas angan sedut ganja tak menang tangan….

atas atap burung terbang sakan sedekah sisa habis bergelimpangan…

atas atap mak tom tunggu mempelam masak jatuh sampai habis azan…

atas atap daun kari gugur mamak jual buat sumber pndapatan…

atas atap bulu tangkis jatuh ‘kelepap’ oh! ingatkan kentut setan…

atas atap adik bersidai bila merajuk tgk keropok lekor dia habes ditelan…

atas atap Mat Belon buat gila curah air konon musim panas boleh jd hujan..

atas atap abah kutip ranting kering anyam rotan bila mls ngaji Quran…

atas atap tikus reunion dari hari raya smpai aidil adha tahun depan….

 

atas atap aku jumpa bunga (bungaan)..bunga hiasan mat Belon buang waktu pinangan tak dilayan ..frust sampai jd gian xmahu makan…kasihan mak tom kena mencangkung tggu mempelam nk bg mat Belon makan…tikus menyinggah tumpang menangis ziarah mak tom dan mat gian mandi hujan…mempelam jatuh asingkan pulak sisa burung tkt termkn habes keracunan…aku mntk adik ambilkn rotan buat kait bunga mahu simpan…siapa tahu bulu tangkis melekat sekali xpyh mmbazir bli baru kt kedai Borong Sakan…mujur dia tak tahu aku yg bedal keropok lekor mcm pirana puasa sebulan…..

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (Tiada Undian Lagi)
Loading ... Loading ...

manusia dan watak

by on March 12th, 2012

Ini tentang kau dan sejuta persepsi

Ketukan palu yang kau ambil untuk satu posisi

Dimana kau hakimi diriku dengan nafsu

Yang kau tak pernah tahu siapa sebenarnya diriku

Ada alasan untuk setiap langkah

Tak perlu banyak tanya lihat saja sejarah

Hidup berawal dari mimpi

Mimpi yang tersimpan di ruang dimensi

Ini aku hanya Sang Pencipta yang tahu

Aku yang tidak sempurna kadang temukan jalan buntu

Lalu apa hak mu menghakimi

Biarlah semua ini menjadi misteri Illahi

Tiada daya kita untuk mencipta kuasa

antara benar atau salah

Tiada mampu kita untuk dapat memilah

siapa menang, siapa kalah

Terburuk, terbaik, terbusuk dan terindah

Semudah itu lidah terbelit menyusun kata

opini tentang yang terhebat dan rumor menumpang kelibat

Sepanjang nusantara dan penjuru dunia

Terbentang rupa manusia dan cara mereka

 

 

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (2 undi, purata: 1.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

the bonds that break them

by on March 9th, 2012

a bond must exist,
between Master and beast
before ties can be made to be broken
but never should it be
that the ties be made free
by anger, either acted or spoken

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undi, purata: 5.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

DIA berbicara soal jiwa

by on March 4th, 2012

“  hidup aku! hak aku! mulut aku ! hati aku! milik aku! siapa kau untuk persoalkan semuanya dari aku?  hak aku berkata apa pun! , hak aku berfikir apa pun! hak aku nak anggap kau apa pun! “


” oh.. hak kau? jiwa kau? mulut kau ? siapa kau berkata bongkak tentang hak? siapa kau bermulut manis bersalut madu ? tuhankah kau sehingga semuanya kau langgar? sehingga semuanya kau robohkan? sehingga semunya kau permainkan?  “


” ya itu hak aku! apa pun yang aku katakan, apa pun yang aku fikirkan, aku laungkan sepenuh hati! “


” memang itu hak kau , atas apa jua kau katakan, kau maksudkan , kau rasakan , itu hak kau. tapi kau tiada hak mencabul perasaan aku, kau tiada hak mengulit jiwa aku , kau tiada hak berkata kasih yang palsu! , kau tiada hak membonekakan aku! kau bukan Tuhan! kau manusia yang tak kenal erti jujur! erti setia! erti jiwa manusia! butanya hati kau disebabkan ego yang memuncak naik ke langit!  kau tak layak berbicara soal jiwa bila jiwa kau juga penuh dusta! “

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undi, purata: 4.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

Duka

by on February 26th, 2012

Hidup yang sebegini
Terluncur laju tanpa disedari
Segenap alam cuba dicabuli
Tidak cukup seusia hidup ini
Zarah-zarah kedukaan
Menggauli rencah hidup

 

Aku duka pada dunia…
Pada nafsu…
Pada manusia…

Mogakan bebas dari kebelengguan ini
Di kehidupan yang bakal pergi

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undi, purata: 4.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

AL-QUDS (antara kita)

by on February 26th, 2012

AL-QUDS…
Disaat lenaku di ulit mimpi indah
Engkau kegelendangan berbumbung langit
dikala tanahku mekar dikelilingi pencakar langit
Engkau masih senyum di sebalik reruntuhan kongkrit
Saat santapan kami disini mempertuankan nafsu
Engkau kekenyangan dengan tasbih dan zikir mu
Disaat aku sedang meninta perihal dirimu
Engkau masih menggalas senjata dibahu mu
Engkau tidak pernah padam menghadapi rejim dayus

 

 

AL-QUDS…
Disaat generasiku berpusu-pusu mati di jalanan
Pemudamu berlumba-lumba semadi dalam ke”syahid”an
Dikala generasiku berlibur dalam kemanisan dunia
Engkau berhibur dalam melancarkan roket-roket mu
Disaat perawan-perawan ku menangisi dalam kebobrokan cinta sang pria
Engkau menangis atas kejatuhan baitullmaqdis mu
Disaat sebaya ku memperkaya harta dunia
Engkau khusyuk memperkuatkan saf-saf jihadmu

 

 

Sesungguhnya!!!

darah para mujahid mu tidak tersia

Berbahagialah mereka dengan apa yang telah dijanjikan

di alam yang tiada penghidupan lagi selepasnya

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (Tiada Undian Lagi)
Loading ... Loading ...

aku dan sesuatu

by on February 26th, 2012

Di saat sepertiga malam menerajang jendela
ronga-ronga alam di selubungi sunyi
maka!!!…
Sang pencari cinta hakiki mula kegelisahan
Sendirian berkhalwat…
Ada terfikir yang tidak pernah terfikir
Berterusan menyetubuhi malam yang panjang
Aku yang hidup dalam kesamaran
Di sebalik kecelaruan
Meyingkap teka-teki tuhan

 

 

Kembara yang tidak berpenghujung
Dalam kecanduan khayalan hidup
Membawa aku ke arah lowongan demensi
Hati yang tiada siang dan malam
Bercumbu dan mencumbui dunia
Dilusi kebatilan dalam kemungkaran
Tetap mahu terus hidup
Kerna hanya akan terhenti
Pabila sampai diperhentian yang maha abadi…

 

 

2009

Johor Bahru

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (Tiada Undian Lagi)
Loading ... Loading ...

aku kira

by on February 23rd, 2012

kira kira berapa lama lagi

harus aku berselimut dalam

hidup yang tak pernah jelas

kelabu,

jauh sekali unsur hitam dan putih

 

kira kira sampaikah tujuan yang aku lukis

dalam cerita hidup

mahu ini,mahu itu

kudrat asalnya ada

tapi lama lama makin tak ada

 

kira kira jenuh sampai tahap apa

runsing aku,risau aku,rimas aku,

punya dayakah untuk bertahan?

gelap malam makin malap

terang siang makin songsang cahayanya,

silau!

aku tidak serasi

arah angin lalu melintang dengan cara aku

payah,susah,aku mahu rebah!

 

kira kira sampai bila aku perlu merungut?

ungkitan yang sia sia

dunia langsung tak perlu baca ini

cukup aku dapat menjerit dalam diam

ketawa dalam tidur

melompat dalam kaku

 

cukup!

aku puas berkira kira…

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undi, purata: 3.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

kecurangan pagi

by on February 19th, 2012

Titip pagi ini indah sekali
sorakan burung bernyanyi irama kedamaian
tapi aku masih berlari…
berlari dalam dunia sendiri…
menongkah suasana yang berlainan alam
terlarut ku seperti embun-embun pada dedaunan
aku bertekup di kelubungan pagi
masih mencari hidup…
dalam perjalanan yang tidak berpehentian…

 

 

Johor Bahru

2010

 

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undi, purata: 3.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

Hidup Adalah Kematian

by on February 11th, 2012

I
malam sesunyi ini
memaksa kecamuk hati sepi
perih…
berteleku pada dindingan peradaban
bersaksilah bebola mata
atas ranjang derita
tirani yang dibutakan derianya
dimatikan langkahnya…

II
sayap-sayap malang itu
merobek kemahuan
menghapus sendiri sejarah peradabannya…
tinggal lakur…
demi akur..
kuntuman ceria jadi mimpi ngeri
yang menakut-nakutkan deria pandangnya…
hidup adalah dongengan moyang mereka
hidup juga adalah sebuah kematian
mati adalah tongkat kemuliaan
yang diacukan pada dahi
milik sendiri

III
melankolik saat ini
adalah alunan cerita rekaan mereka
yang nyata
bukan hakiki pada mata
sekalung duri yang seinci
menjerut pelupuk nadi
yang perlahan-lahan berhenti
mati itu pasti

IV
dari balik jendela ini
adalah paparan pada hati
yang gelisah
membangkit gundah…
kembali berteluku…

1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (Tiada Undian Lagi)
Loading ... Loading ...