Pengumuman

Pengumuman: Kongsi di Facebook

Assalamualaikum.

1. Pakcik tahu kamu semua suka Facebook, pakcik pun suka. Oleh itu, pakcik telah menambah satu ‘button’ untuk kamu kongsi karya kamu di facebook. Harap2 kamu semua suka.

2. Kepada karyawan2 yang baru berdaftar dengan gelanggang, selamat datang pakcik ucapkan dan selamat berkarya. Setakat ini sudah ada 100 karyawan berdaftar. Alhamdullilah, satu perkembangan yang baik untuk dunia puisi tanahair. :)

3. Kepada karyawan2 yang rajin menulis dan berkomentar di sini, pakcik dan pihak2 pengurusan gelanggang mengucapkan jutaan terima kasih. Kamu semualah nadi gelanggang ini.

4. Semoga gelanggang terus berkembang. Amin. Dan seperti biasa, komentar cadangan sangat dialu-alukan.

Teruskan usaha murni anda.


Pengumuman: Sepurnama Usianya

Assalamualaikum,

Pertama sekali Pakcik mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang aktif berkarya di gelanggang ini. Dalam kesibukan pakcik, dan juga kamu semua berkarya disamping menjalani hidup seperti biasa, baru-baru ini Gelanggang Puitis sudah pun cukup berumur satu bulan. Daripada tiga empat kerat karyawan yang sanggup melayan karenah hingusan gelanggang ini pada hari pertamanya, pakcik dengan rasa berbesar hati ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini kita sudahpun mempunyai seramai 40 orang karyawan yang berdaftar.

Tujuan gelanggang ini diciptakan adalah untuk membuka ruang kepada karyawan-karyawan semua meluahkan isi hati di dada dengan cara bebas dan bersahaja. Komen-komen membina yang disampaikan oleh satu karyawan kepada karyawan yang lain sudah tentu akan menyemarakkan lagi semangat untuk terus berkarya.

Pakcik juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada karyawan-karyawan yang aktif, seperti tersenarai dibawah. Semoga kamu semua akan terus menyumbang dalam Gelanggang Puitis ini.

Dan tidak lupa juga pada karyawan-karyawan yang baru berdaftar, selamat datang Pakcik ucapkan dan teruskan berkarya.

Semoga usaha murni kita semua diberkati Ilahi. Amin.

Dua tiga berlari-lari
Berhenti sebentar hati yang sangsi
Tulislah lagi setiap hari
Jangan matikan dunia puisi


Pengumuman: Pusingan Pertama

Karyawan-karyawan yang dihormati sekalian! Kami bercadang untuk membuka satu pertandingan berpuisi pusingan pertama. Ia hanya cadangan buat sementara ini, dan cadangan hadiah adalah Baju T rasmi Gelanggang Puitis, seperti yang boleh kamu lihat di bawah ini:

T-shirt Gelanggang

Maka, dengan itu, kami menyarankan agar kamu, karyawan-karyawan Gelanggang, bersedia untuk menghasilkan karya-karya agung masing-masing!

Sebarang pertanyaan sila beri komentar-komentar anda atau boleh juga diemelkan terus kepada Pengerusi Majlis


Pengumuman: Selamat Datang!

Salam sejahtera karyawan-karyawan sekalian.

Terima kasih kerana sudi mendaftar di Gelanggang Puitis ini dan selamat berkarya. Semoga hasil karya anda diminati oleh pengunjung-pengunjung blog ini.

Harap maklum bahawa jumlah karyawan berdaftar dengan gelanggang puitis setakat ini adalah seramai 16 orang. Jika jumlah ini meningkat ke satu angka yang memuaskan, satu pertandingan puisi akan dimulakan. Dalam satu pusingan, hasil karya puisi yang paling banyak mendapat bintang akan diisytiharkan sebagai pemenang. Insya’Allah (jika ada sponsor), pemenang-pemenang akan dikurnikan hadiah setimpal.

Sementara itu, sila dapatkan widget gelanggang puitis seperti di bawah ini, dan pamerkan ia di blog-blog anda ataupun di facebook anda. Semoga dengan ini, masyarakat luar akan menyedari kewujudan gelanggang ini. Amin.

Widget ini boleh diperolehi di sini.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,
Pengerusi Majlis merangkap Ketua Gelanggang

About Pengerusi Majlis

Pakcik tua yang mahu melihat anak-anak muda mencintai seni budaya bangsa.