malam ini

malam ini,
aku ingin menyanyi,
lagu cinta kita,
lagu kenangan kita,
kerana aku rindu kamu.

malam ini,
aku ingin menulis,
surat cinta untukmu,
surat yang penuh makna,
kerana aku mahu kamu.

malam ini,
aku ingin menangis,
memujuk hati yang lara,
berduka cita atas pemergianmu,
kerana kehadiran perempuan itu.

malam ini,
aku ingin mati,
kerana hati aku tercarik,
dirobek oleh kau,
lelaki bermulut manis!

About syfns

salam. calon SPM yg masih terkial-kial mencari identiti. mencuba nasib dalam bidang puisi ini sejak april yg lalu. terima kasih gelanggang puitis!

5 thoughts on “malam ini

  1. Sedihnya suara si penulis dalam puisi ini! Sedih dan kecewa yang teramat sangat!

    Pasti puisi ini berkisar pada si jejaka yang sama kamu sebut dalam puisi-puisi terbaru kamu? Ada orang yang sebegitu buta dalam cinta ya…dia tidak sedar mungkin betapa cintanya kamu padanya. 4,daripada 5 bintang.

  2. aih…mulut yg manis memanglah bahaya.
    mulut ini kadang2 saja menghamburkan kata hati, selalunya dari otak yang penuh rancangan ingin selamat saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


8 + five =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>