Duka
Hidup yang sebegini
Terluncur laju tanpa disedari
Segenap alam cuba dicabuli
Tidak cukup seusia hidup ini
Zarah-zarah kedukaan
Menggauli rencah hidup
Aku duka pada dunia…
Pada nafsu…
Pada manusia…
Mogakan bebas dari kebelengguan ini
Di kehidupan yang bakal pergi

(1 undi, purata: 4.00 daripada 5)
March 9th, 2012 at 1:46 am
Turut terasa duka kamu.
Aku juga hampa dengan keadaan seadanya;
tamak dan haloba bermaharajalela,
dan bumi dijadikan sajian mereka.
Aku kenal apa rasa
bila masa
hilang sekelip mata;
usia terus lanjut tua,
dan hari-hari sebelumnya entah ke mana.
Aku selalu terbayangkan “ada kah jalan yang mudah untuk keluar dari sini?” Bolehkah aku unplug dari Matrix?
Tapi, selalu juga terbayangkan, semua yang mungkin diperolehi, sekiranya hidup sehari lagi.
Cantik. Penuh bermakna. 4, daripada 5 bintang